Monday, 27 February 2012

Bila jari mula berbicara..

Pada setiap permulaan hari baru,pasti ada yang kita masih ingat tentang hari semalam…
“Perbezaannya apa yang kita ingat itu adalah yang pahit ataupun yang manis.”

Apa yang pasti apa yang kita ingat itu mestilah yang PENTING dalam hidup kita..

Kata orang “walau apa sekalipun hidup mesti kita teruskan”bagi sesetengah orang untuk teruskan hidup bukan senang,berapa ramai orang menamatkan riwayat hanya kerana tak sanggup untuk hadapi hidup.
“Bagi sesetengah orang pula untuk teruskan hidup mestia ada matlamat..”

Manusia memang tak akan pernah puas denagn apa yang dimiliki dan juga jarang nak hargai dengan apa yang telah dimiliki..

 Seorang manusia normal pasti akan melakukan kesilapan malah pasti ada yang tak pernah mengucapkan kata MAAF..

Kadang kala kita tak pernah menghargai apa yang kita miliki sekarang sehingga bila kita tahu apa yang kita miliki akan atau sudah pergi baru kita nak rasa menyesal..Itulah lumrah kehidupan kita sebagai manusia biasa..

Pada saat itu kita akan rasa kita perlu kenal dan perlu tahu apa yang masih kita tak tahu.Jangan risau,jangan gusar manusia normal memang bergitu sifatnya..
Termasuk pemilik jari yang mengarang…

Bila sedar masa tinggal sedetik cuma baru rasa nak bersama dengan semua..Baru rasa nak berbaik dengan semua..baru rasa nak memaaf dan memohon maaf dengan semua..Manusia normal memang bergitu kan..

Bukan sekali bukan dua klai malah banyak kali hati insan lain disakiti namun tak pernah terlintas untuk ucapkan maaf. Bila sedar mungkin masa dah tak panjang baru terasa nak betulkan semua yang salah. Itulah manusia normal,kesedaran Cuma bila kesuntukan masa..

Manusia tak normal akan cuba untuk berbuat baik sebanyak mungkin sebab dia sentiasa sedar masa hanya waktu,bila masa berlalu taka da lagi waktu dan peluang untuk kembali pada masa yang lepas..kecuali andai kita diberi peluang kedua..andai kita diberi itu oleh Allah maka haruslah kita menghargainya..

Pada satu ketika pernah jua pemilik jari ini tak bertegur sapa dan memang selalu menyangkal kesalahan sendiri,,
Sebab rasa masa masih panjang terfikir mungkin boleh dibetulkan pada lain masa..kerana ego dan tak mahu mengaku salah sendiri,menangis air mata darah pun ia tak akan kembali..Namun siapa yang sangka perkara akan berlaku begitu,Dan sekarang diri aku sendiri boleh dikira masa yang masih tersisa,insyaallah akan aku gunakan sebaik mungkin.Cuma andai diberi aku peluang kedua aku hanya mahu bersama dan memperbaiki apa yang salah bersama dia.

Sebaik mana pun kita pasti ada satu kesalahan yang kita lakukan,mungkin bukan dari pandangan kita tapi pandangan orang sekeliling kita.
Tak salah andai kita ambil masa duduk bersama kawan2 beratnya apa yang mungkin kita boleh perbetulkan yang pada pandangan mereka adalah tidak baik dan mungkin pernah melukakan mereka tampa kita sedar..Apa yang perlu kita lakukan cuma kita kurangkan EGO dan rasa kita DAH OK…Cermin terbaik kita adalah orang sekeliling kita..

“Kebahagian Bukanlah Terletak Kepada Apa Yang kita Mahu,Tetapi Apa Yang kita Miliki..Sesungguhnya Allah dah aturkan segala-galanya untuk kita,Sebab dia saja yang tahu apa yang bakal terjadi dan apa yang terbaik untuk kita”


"Saya nak minta maaf yer sebelum terlambat ni..So pada sesiapa yang kenal saya dan saya ada buat salah tolong maafkan saya..Love u all MUahhhxxx..."



“You who show wisdom through your sorrows…Your words shall be remembered as you have lived a life full of spirit and vigour and shared your friendship to inspire others. A friend who shall never be forgotten. Have fear, put your trust in the creator as from him and because of him. Did we flourish and blossom like a flower. And so shall we fade when the time comes. May he bless you with his mercy and compassions and give you strength and wisdom to cope through this most difficult or deal..
InsyaAllah”


No comments:

Post a Comment

..(๏̯͡๏)Please drop your comment XOXO(๏̯͡๏)..

..(๏̯͡๏)copyright@2011*Dauntless_Luv_Princess*(๏̯͡๏)..