Sunday, 12 February 2012

Tanda-tanda Lelaki Merajuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Apa khabar cinta semua.. Hehe.. Ada antara pasangan korang yang merajuk tak? Jika ada, ingatkan pada pasangan korang merajuk tak perlu lama-lama.. Hehe.. Tapi tau tak macam mana tanda-tanda lelaki merajuk?

- Masam Muka
Tanda merajuk ini memang biasa dan boleh nampak secara jelas dari lelaki tu sendiri.. Si dia akan terus mencuka walaupun korang dah buat lawak mengalahkan Maharaja Lawak Mega.. Walaupun orang sekeliling gelak pecah perut, si dia tetap masam muka..

- Abaikan Korang
Bila ditanya, dia diam.. Bila disoal, dia buat tak tahu.. Kalau dah sampai tahap macam ni memang dah sah-sah lelaki tu merajuk.. Better biarkan lelaki tu sementara, bagi masa untuk dia cooldown balik..

- Tolak Untuk Ada Bersama
Kalau korang ajak untuk makan bersama tapi dia tolak invitation korang tu tanpa sebab yang jelas.. Berjaga-jaga, mungkin waktu tu lelaki tu sedang merajuk dengan korang.. Bila dah jadi macam ni, jangan terlalu memaksa si dia untuk bersama dengan korang..

- Mudah Terasa Dengan Korang
Korang cakap sikit je, dia terasa.. Bila ada benda tak kena je, mula nak naik angin.. Mungkin korang tak perasan kalau lelaki itu dah memang jenis yang panas baran.. So, kenali dia dengan lebih sebab marah bila merajuk lagi bahaya daripada marah biasa..

- Buat Perkara Yang Perempuan Tak Suka
Beware! Ini tahap merajuk paling maksimum.. Sebab lelaki akan merajuk sampai sanggup buat apa yang perempuan tak suka. Contohnya, si lelaki akan protes dengan merokok, flirting dengan perempuan lain atau macam-macam lagi..

Tanda-tanda lelaki merajuk ni biasanya boleh dilihat bila dah teruk.. Sebab biasanya lelaki akan jarang merajuk melainkan perkara tu memang menusuk kalbu diorang.. Hehe.. Pesanan ikhlas, lelaki bila merajuk takkan sama dengan perempuan.. Cara untuk pujuk lelaki lain daripada cara untuk pujuk perempuan merajuk.. So, berhati-hatilah.. Ahaks..

No comments:

Post a Comment

..(๏̯͡๏)Please drop your comment XOXO(๏̯͡๏)..

..(๏̯͡๏)copyright@2011*Dauntless_Luv_Princess*(๏̯͡๏)..